Latar Belakang Syarikat
Matbakh merupakan sebuah syarikat yang sedang berkembang yang bermula sebagai pembekal dan peniaga kecil-kecilan bagi bahan mentah makanan sejuk beku yang halal dan berkualiti.
Kini kami lebih mengkhususkan dalam pembekalan bahan mentah serta penghasilan produk makanan bernilai tambah. Antara produk yang dihasilkan termasuk kambing perap, ayam perap, produk retort dan sos 3 rasa. Syarikat komited dalam memastikan setiap produk memenuhi standard kualiti, keselamatan makanan dan kehendak pasaran.
