Tentang Kami
Profil Syarikat
HALAL dan Berkualiti adalah keutamaan
MATBAKH merupakan sebuah syarikat yang sedang berkembang yang bermula sebagai pembekal dan peniaga kecil-kecilan bagi bahan mentah makanan sejuk beku yang halal dan berkualiti
Kini kami lebih mengkhususkan dalam pembekalan bahan mentah serta penghasilan produk makanan bernilai tambah. Antara produk yang dihasilkan termasuk kambing perap, ayam perap, produk retort dan sos 3 rasa. Syarikat komited dalam memastikan setiap produk memenuhi standard kualiti, keselamatan makanan dan kehendak pasaran.
Nilai Teras Matbakh
Halalan & Toyyiban
Setiap produk kami memenuhi piawaian halal dan keselamatan makanan yang ketat
Kualiti Tanpa Kompromi
Kami menggunakan bahan yang terbaik untuk setiap barisan produk kami
Inovasi Produk
Produk kami sentiasa berkembang, daripada daging sejuk beku sehingga ke produk perapan sendiri
Kebolehpercayaan
Kami membekalkan bekalan produk kami dengan konsisten dan menepati masa
Kepuasan Pelanggan
Kepuasan pelanggan adalah ukuran kejayaan kami
Usaha Sama Strategik
Kami bukan hanya sekadar pembekal, bahkan kami juga merupakan rakan niaga anda dalam industri makanan
Misi Kami
MATBAKH komited dalam memastikan setiap produk memenuhi standard kualiti, keselamatan makanan dan kehendak pasaran.
- Halal
- Berkualiti
- Selamat Dimakan
- Kehendak Pasaran
